zira's words

Tuesday, December 20, 2011

LUKISAN HATI


SEGALA KERIUHAN DI SEKELILING AKU LANGSUNG TIDAK AKU HIRAUKAN. KAKI AKU TERUS MENAPAK ENTAH KE MANA. AKU HANYA MENGIKUT RENTAK KAKI KU. TERUS BERJALAN DI ANTARA HIRUK PIKUK MANUSIA. MATA AKU RASANYA SUDAH PENUH DENGAN AIR MATA. TETAPI AKU TERUS MENAHAN AGAR AIR MATA AKU TAK GUGUR. LAMA KELAMAAN , SETITIS DEMI SETITIS AIR MATA KU JATUH. AKU TERUS BERJALAN , MALAH LEBIH LAJU. ENTAH KE MANA ARAH TUJU KU.

BEBERAPA MINIT SEBELUM ITU…

“SAYA MEMANG TAK NAFIKAN, LUKISAN AWAK CANTIK.”
“TERIMA KASIH TUAN”
“SAYA JUGA TAK NAFIKAN, CERITA AWAK SEDIH”
“TERIMA KASIH TUAN”
“TAPI, MASALAHNYA, REMAJA SEKARANG SUKA CERITA CINTA KOMEDI, YANG BOLEH BUAT MEREKA KETAWA DAN SENYUM!! BUKAN CERITA MACAM NI!!”
KOMIK AKU DIHEMPAS KE MEJA. AKU TERKEJUT DAN TERUS TUNDUK. AKU TAK BOLEH DIAMKAN DIRI. INI SUDAH LEBIH. AKU KENA PERTAHANKAN DIRI AKU, DAN KARYA AKU!
“APA KURANGNYA KOMIK SAYA?? KOMIK SAYA ADA CERITA CINTA, ADA JUGA KOMEDI!!”
LELAKI DI HADAPAN AKU TERSENYUM SINIS.
“SUDAH TENTU BANYAK YANG KURANG!! KALAU TAK ADA YANG KURANG , KENAPA KOMIK AWAK NI BANYAK YANG TAK TERJUAL???!!”
“INI SEBAB SYARIKAT TAK BUAT PROMOSI!!”
“OH, SEKARANG AWAK NAK SALAHKAN SYARIKAT LAH??”
“YA!! SYARIKAT NI BERAT SEBELAH! LANGSUNG TAK BERI PELUANG KEPADA PELUKIS KOMIK YANG BARU!!”
“BERANI AWAK CAKAP MACAM TU!!”
“SAYA DAH TAK TAHAN LAGI DAH!! SAYA NAK BERHENTI!!”
“PERGILAH! KAMI PUN DAH TAK PERLUKAN CERITA CINTA SEDIH AWAK NI!!”
KOMIK AKU DIHEMPAS KE LANTAI. AKU AMBIL KOMIK ITU DAN TERUS KELUAR.




AKU DEKAT MANA NI?? DI DEPAN AKU ADA SEBUAH RODA FERRIS YANG PENUH DENGAN CAHAYA LAMPU. AKU PANDANG SEKELILING. AKU DEKAT TAMAN TEMA RUPANYA. AKU JALAN IKUT PERASAAN SAMPAI SINI KE? JAUH JUGA AKU JALAN , MESTI BERAT BADAN AKU DAH TURUN SIKIT. HAHA. TANGAN AKU TERPEGANG SESUATU DI SEBELAHKU. KOMIK NI.. KESIAN KAU KOMIK, KENA HEMPAS YE? AKU TERSENYUM. SENGAL PUNYA BOS! SEDAP-SEDAP DIA JE NAK KOMEN KOMIK AKU!


DIA TU MESTI BELUM PERNAH BACA KOMIK NI. ORANG-RAMAI PUN AGAKNYA TAK ADA BACA PUN KOMIK NI WALAUPUN DAH SEBULAN KOMIK NI DITERBITKAN. HAIIHHHH.. AKU MENGELUH. AKU MEMBUKA KOMIK ITU, TIBA-TIBA AIR MATA AKU MULA MENITIS LAGI. AKU RASA SEDIH YANG TERAMAT SANGAT. USAHA AKU SELAMA INI SIA-SIA. CITA-CITA AKU TERKUBUR. AKU BARU SAJA BERMULA , DAN AKU DAH BERHENTI . AKU TERUS MENANGIS MELAYAN PERASAAN SAMBIL MEMANDANG TANAH. TIBA-TIBA, ADA SEPASANG KAKI BESAR BERWARNA COKLAT DI HADAPANN AKU. AKU LIHAT DARI BAWAH HINGGA KE ATAS MAKHLUK ITU.
“AAAHHHHH!!!” AKU TERJERIT.
MAKHLUK ITU PUN TERPERANJAT DENGAN JERITAN AKU. TIBA-TIBA MAKHLUK ITU INGIN MENANGGALKAN KEPALANYA YANG BESAR ITU. ADA SEORANG LELAKI TERSENYUM DI DALAM NYA.
“BINATANG APA AWAK NI??”
“SAYA BERUANG LA, TENGOK NI.” LELAKI ITU MENUNJUKKAN KEPALA MASKOT ITU. BARU AKU PERASAN , ITU BERUANG RUPANYA.

“OH.. SAYA INGAT ALIEN..”
“HAHAHA, SAYA KERJA SAMBILAN DEKAT SINI, JADI MASKOT NI LAH.”
“OH, SAYA TAK TANYA PUN..”
AKU MEMALINGKAN MUKA DAN BADAN AKU KE TEMPAT LAIN. AKU MASIH INGAT PESAN IBU.
“JANGAN CAKAP DENGAN ORANG ASING SESUKA HATI, NANTI DIA CULIK, BARU TAHU..”
IBU MEMANG SUKA MENAKUT-NAKUTKAN AKU. AKU DAH BESAR LAH!
“HELO? CIK??”
“YA!!” AKU TERSEDAR DARI LAMUNANKU.
“BOLEH SAYA DUDUK??”
“DUDUKLAH, KERUSI NI PUN BUKAN SAYA PUNYA.
LELAKI ITU PUN DUDUK DAN MELETAKKAN KEPALA MASKOT ITU DIANTARA DIA DAN AKU.
“TADI, SAYA NAMPAK CIK NANGIS MASA BACA KOMIK TU..”
“NANGIS?? MANA ADA! MENGARUT LAH! MATA SAYA MASUK HABUK JE LAH!” AKU MENAFIKAN KEBENARAN.
“YE KE? KALAU MACAM TU, AGAKNYA SAYA SEORANG JE LAH YANG NANGIS BACA KOMIK NI.”
LELAKI MENANGIS?? ISSHH, TAK GENTLEMAN LANGSUNG LAH BEAR NI. EH! KEJAP! DIA BACA APA??!!
“AWAK BACA KOMIK NI??” AKU TERUS BERDIRI DAN MEMANDANG DIA.
“YELAH, SAYA BELI 3 MINGGU LEPAS.”
AKU DUDUK SEMULA.
“AWAK DAH BACA SAMPAI HABIS??”
“BUKAN JE SAMPAI HABIS, TAPI DAH NAK DEKAT 10 KALI SAYA BACA KOMIK NI! TAK PERNAH BOSAN!”
“YE KE? SO, APA PENDAPAT AWAK TENTANG KOMIK NI?”
“NI KOMIK PALING BAGUS SAYA PERNAH BACA!”
“YE KE??”
“YE, KENAPA CIK TANYA NI??”
“TAK, SAJA JE..” AKU TAK NAK IDENTITI RAHSIA AKU TERBONGKAR.
“TAPI, SAYA DAPAT TAHU KOMIK NI TAK LAKU.”
KEMARAHAN AKU MULA MEMBUAK-BUAK LAGI. AKU HANYA MENDIAMKAN DIRI.
“SAYA PUN PELIK, KOMIK YANG BAGUS NI KENAPA TAK ADA ORANG BELI, SAYA HARAP PELUKIS KOMIK NI TAK PUTUS ASA MELUKIS LAGI. SAYA HARAP DAPAT JUMPA DENGAN AWAN MERAH JAMBU NI.”


“AWAK NAK BUAT APA JUMPA DIA?”
“SAYA NAK CAKAP DENGAN DIA, JANGAN PERNAH PUTUS ASA, SEBAB MASIH ADA LAGI ORANG YANG NAK BACA KARYA DIA. JANGANLAH BERHENTI MENJADI PELUKIS KOMIK. JANGAN PERNAH BERHENTI. PEMINAT AWAK MASIH PERLUKAN KARYA AWAK.”
“PEMINAT?”
“YA, SAYA PEMINAT NOMBOR SATU DIA!!”
AKU TERSENYUM DAN TERHARU.
“AH, CIK, SAYA KENA SAMBUNG KERJA NI, NANTI BOS SAYA NAMPAK SAYA DUDUK DEKAT SINI HABIS LAH SAYA KENA MARAH. BYE CIK!”
“KEJAP!!” DIA BERPALING.
“NAMA AWAK??”
“NEMO!” DIA MEMAKAI KEPALA MASKOT ITU DAN TUNDUK HORMAT. KEMUDIAN DIA PERGI SAMBIL MELAMBAIKAN TANGANNYA YANG BESAR DAN BERWARNA COKLAT ITU.
“TERIMA KASIH , MR NEMO BEAR.”
AKU TERSENYUM SAMBIL MEMELUK KOMIK KU ERAT.
AKU JANJI, AKU TAK AKAN PERNAH BERHENTI.

MALAM ITU AKU MULA MELUKIS LAGI. IDEA AKU MENCURAH-CURAH BAGAIKAN AIR TERJUN YANG MENGALIR BILA HUJAN TURUN. AKU RASA SANGAT GEMBIRA. AKU INGIN MEMBUAT KOMIK KEDUA. AKU MEMANDANG KE LUAR. KOMIK NI, UNTUK PEMINAT NOMBOR SATU AKU!!! AIHH, WALAUPUN CUMA SEORANG TAPI AKU TETAP BANGGA. AKU TERUS TERSENYUM DAN TERUS MELUKIS SEHINGGA PAGI.

KRIIIINGGGGG!!KRIIIIINGGGGGG!!KRIIINGGGGG!!!TELEFON, TELEFON BERBUNYI…
“HELO??” AKU TERTIDUR DI MEJA KERJA DAN TIBA-TIBA ADA PANGGILAN TELEFON.
“INI CIK HANA KE?”
“YA, SAYA LA TU, SIAPA NI?” AKU MENJAWAB DENGAN LEMAH. MAKLUMLAH, BARU BANGUN TIDUR.
“SAYA ENCIK DARVIN DARI SYARIKAT E, SAYA INGAT NAK AMBIL AWAK BEKERJA DI BAWAH SYARIKAT SAYA NI.”
“HAAAAHHH??!!!” KALI INI AKU TIDAK MENGANTUK LAGI. SYARIKAT E IALAH SYARIKAT BESAR DAN BERPENGARUH DALAM MENGHASILKAN KOMIK YANG BAGUS.
“HAHAHHA, YA. TAPI, AWAK BEKERJA DENGAN SYARIKAT F KAN??”
“YA, TAPI TU DULU! SAYA DAH BERHENTI DAH.”
“KALAU MACAM TU, TIADA MASALAH LAGI LAH, SAYA HARAP DAPAT JUMPA DENGAN AWAK DI PEJABAT SAYA HARI INI UNTUK BERBINCANG.”
“BAIK TUAN!”

YEEESSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
AKU GEMBIRA TAK TERKATA! KALAUMACAM NI KOMIK KEDUA AKU BOLEH LA DITERBITAKAN!! THANK YOU MR NEMO BEAR!!!

SEDANG AKU DALAM PERJALAN KE SYARIKAT E, AKU DI TEGUR OLEH SESEORANG.
“EH, CIK, HAI!” OHH! MR NEMO BEAR LAH!!
“AH!! HAII!!!” GEMBIRA AKU BERJUMPA DIA, PEMINAT NOMBOR 1 AKU!!
“HAI, GEMBIRA CIK HARI NI YE ?”
“YA! MESTILAHH!!” AKU KETAWA.
“HAHA, BAGUSLAH, SAYA PUN SUKA TENGOK CIK GEMBIRA MACAM NI, SAYA KE UNIVERSITI DULU YE, BYE!”
“NEMO!!”
“YA?”
“SAYA RASA, PELUKIS KOMIK KEGEMARAN AWAK AKAN HASILKAN KARYA YANG BARU.”
“AH? MANA CIK TAHU?”
“SAYA TEKA JE, TAPI TEKAAN SAYA NI SELALU BETUL TAU! BYE!” AKU PUN TERUS PERGI. AKU BERPALING, DIA MASIH DI SITU, BERDIRI SAMBIL MELAMBAI TANGAN KE ARAH AKU. AKU PUN MELAMBAIKAN TANGAN JUGA. BARU AKU PERASAN, COMEL JUGA DIA TU. AKU TERSENYUM DAN TERUS BERLALU.


SATU BULAN BERLALU.

AKU KE TAMAN TEMA ITU UNTUK  MENCARI NEMO. PEMINAT NOMBOR 1 AKU! AKU NAK BAGI HADIAH PADA DIA. AKU PERGI KE BANGKU YANG DULU AKU DUDUK SEMASA BERJUMPA DENGAN DIA. MANA DIA NI?? SEDANG AKU MELIHAT SEKELILING TIBA-TIBA BAHU AKU DICUIT. AKU MEMANDANG KE BELAKANG.
“NEMO!!!!” AKU MENJERIT.
“YA! AHHAHAHAHA! MANA CIK PERGI, DAH LAMA TAK NAMPAK.” DIA MEMBUKA KEPALA MASKOTNYA.
“NAH!” AKU MENGHULURKAN SEBUAH BUNGKUSAN BERWARNA COKLAT NEMO.
“APA NI?”
“APA YANG AWAK IMPIKAN , NAMPAKNYA DIA DAH DENGAR HARAPAN AWAK.”
NEMO BERASA PELIK DAN INGIN MEMBUKA BUNGKUSAN ITU.
“EH!!! JANGAN BUKA DULU! BUKA LEPAS SAYA PERGI OK?”
“OK.” NEMO TERSENYUM. HATI AKU BERDEBAR. AKU SUKA NEMO KE?? AKU MENGGELENG-GELENGKAN KEPALA AKU.
“TERIMA KASIH MR NEMO BEAR! SAYA JANJI,SAYA TAK AKAN PERNAH BERHENTI.” AKU TERSENYUM DAN TERUS PERGI.
NEMO KEHAIRANAN. NEMO MEMBUKA BUNGKUSAN ITU. ADA SEBUAH BUKU KOMIK DI DALAMNYA YANG BERTAJUK “LUKISAN HATI” KARYA AWAN MERAH JAMBU.


DIA MEMBUKA KOMIK ITU, ADA NOTA DITINGGALKAN DI MUKA SURAT AKHIR KOMIK ITU.


NEMO TERUS BERLARI SAMBIL MEMBAWA KOMIK ITU.

AKU TERUS BERJALAN SAMBIL MELIHAT PEMANDANGAN TAMAN TEMA ITU. KANAK-KANAK KETAWA RIANG. SEMUA ORANG TERSENYUM. AKU PUN TERSENYUM. ENTAH BETUL ATAU TIDAK PERASAAN AKU, AKU RASA AKU DAH JATUH CINTA DEKAT MR NEMO BEAR , PEMINAT NOMBOR 1 AKU NI! AKU GEMBIRA DAPAT BUAT PEMINAT AKU BAHAGIA DENGAN KOMI AKU TU. AGAKNYA DIA SUKA TAK KOMIK TU?? SEDANG AKU MENGELAMUN , ADA SUARA DARI BELAKANG AKU.
“TUNGGU!!!!!” AKU BERPALING. MR NEMO BEAR! NEMO SEDANG TERMENGAH-MENGAH DATANG KEPADA AKU.
“NEMO??”
“CIK…CIK…” DIA BERCAKAP SAMBIL TERMENGAH-MENGAH.
“AWAK NI KENAPA NEMO??SEMPUT KE??” AKU KETAWA KECIL.
“SIAPA SURUH CIK JALAN CEPAT SANGAT HA??!!!!” NEMO MARAH. MAKIN MARAH MAKIN COMEL BUDAK NI. AKU KETAWA LAGI.
“CIK NI AWAN MERAH JAMBU KAN??!!” AKU TERSENYUM.
“AWAK RASA?”
NEMO TERSENYUM MANIS.
“SEBULAN LEPAS, SAYA TERNAMPAK SEORANG GADIS SEDANG MENANGIS DI TENGAH KERIUHAN ORANG RAMAI DI TAMAN TEMA NI, BILA SAYA NAMPAK GADIS NI, SAYA RASA SAYA PERLU BUAT DIA GEMBIRA, SAYA PERLU BERI DIA HARAPAN, SAYA TAK NAK GADIS NI MENANGIS . KEBETULAN GADIS TU MEMEGANG BUKU KOMIK, KOMIK TU KARYA PELUKIS KOMIK KEGEMARAN SAYA, PELUKIS KOMIK YANG TELAH MENYENTUH HATI SAYA DENGAN BAIT-BAIT KATA DAN LUKISAN DIA. SAYA BERJUMPA DENGAN GADIS TU DUA KALI SAHAJA, KEMUDIAN DIA HILANG ENTAH KE MANA. TIAP MALAM, SAYA AKAN TUNGGU GADIS TU DI TEMPAT YANG KAMI JUMPA BUAT PERTAMA KALI. BANGKU DI HADAPAN RODA FERRIS. SAYA TERUS TUNGGU . WALAUPUN NAMA DIA PUN SAYA TAK TAHU, SAYA TERUS TUNGGU PADA SETIAP MALAM. HARI INI, GADIS TU MUNCUL. BARU SAYA TAHU, GADIS TU RUPANYA PELUKIS KOMIK YANG SAYA MINAT SELAMA NI. DUA ORANG YANG SAYA SUKA DAN KAGUMI RUPANYA ORANG YANG SAMA.”
NEMO BERCERITA PANJANG. AIR MATA AKU MULA BERLINANGAN. TIBA-TIBA , NEMO MEMANJAT KERUSI BERDEKATAN KAMI. DIA BERDIRI DI ATAS KERUSI ITU SAMBIL MEMANDANG AKU. ORANG RAMAI MULA MEMERHATIKANNYA. DIA MENJERIT DI TENGAH-TENGAH TAMAN TEMA YANG PENUH DENGAN ORANG ITU.
“SAYA PEMINAT NOMBOR 1 CIK DAN SAYA BETUL-BETUL SUKAKAN CIK, AWAN MERAH JAMBU!!!!!!”
AKU MENEKUP MUKA AKU SAMBIL MENANGIS. AKU TAK SANGKA, PEMINAT NOMBOR 1 AKU, SUKA PADA AKU! AKU DAPAT RASAKAN, LUKISAN HATI AKU SEKARANG SEDANG MELAKAR RASA CINTA AKU KEPADA DIA, MR NEMO BEAR AKU!!!
I LOVE YOU MR NEMO BEAR!!!!!!

~TAMAT~

Friday, October 21, 2011

!!MY BOYFRIEND!!

here some pictures of my boyfriend , ohh, i just love them so much!!












BOYFRIEND FIGHTING!!!
BESTFRIEND FIGHTING!!!

Friday, October 14, 2011

^_______^

assalamualaikum~ hello there~ annyeonghasaeyo~ ^^ ~

taraaa~ BOYFRIEND DONT TOUCH MY GIRL!! rugi x dengar tau? so, baik dengar~~

then tengok ini pulak ye~ JUM JUM JUM @ LITTLE BY LITTLE




trial spm dah berlalu, bermakna spm sebenar makin hampir, takut nye!!! tuisyen cikgu wahid pun da xde sbb cikgu wahid nak pergi haji.. sedih betul~~

mr. blog ~ aku pas ni x update ko sgt tau~ ko tau la aku nak spm kan? ko jaga diri baik2 .. TT_TT

tolong doakan zira dapat bersedia dgn sepenuhnya utk spm ni ok??

buat masa ni, ini saja lah, bye.. maassalamah~~

Thursday, September 29, 2011

DONT TOUCH MY GIRL


cant wait for their comeback this 6th october!! kwangmin is so cool!!!

Tuesday, September 20, 2011

SOMEDAY


Sometimes hit, sometimes miss, it’s always like that
Just do it right tomorrow, it’s just a small mistake
Sometimes bottom, sometimes top, sometimes number 1
Getting 1st place, you can only go down
Without it, just live without it
It’s just greed you have before you win it oh
Your suffering now is a sign of your hard work
Everybody knows you tried Everybody knows it’s alright
You get some right, you get some wrong
Although tiring there will be days to smile
When you fall down, when you get up
Although tiring, there will be days to smile, eventually a day to smile will come
If it’s separation, just let her go
She might show lying tears, maybe it wasn’t destiny
People who have to go, just go
Sure being next to them it might happen oh
Being tired right now
It’s just evidence of your love
Everybody knows you tried Everybody knows it’s alright
You get some right, you get some wrong
Although tiring there will be days to smile
When you fall down, when you get up
Although tiring, there will be days to smile, eventually a day to smile will come
The past is the past is the past
Previous memories It’s the past
The long painful days The Past is the past is the past
The days to forget you~
Everybody wins sometimes
Everybody knows you lose some
You get some right, you get some wrong
Although tiring there will be days to smile
When you fall down, when you get up
Although tiring there will be days to smile,
eventually a day to smile will come
eventually a day to smile will come

Monday, September 19, 2011

~TRIAL~

19 SEPTEMBER 2011~ DAH DUA MINGGU AKU MENGHADAPI TRIAL SPM~ KINI MASA UTK BEREHAT DR SEMUA TU~TAPI~AKU DAPAT TGK BYK YG AKU X DPT KUASAI LAGI~MUDAH2AN RESULT BAIK LA NANTI~TINGGAL GEOGRAFI YG PENTING NI~ HUHUHU~ LEGA GAK LA~TAK SANGKA CEPAT BETUL MASA BERLALU~T-T~ DAH LEPAS TRIAL~ MEANS~ SPM DAH MAKIN HAMPIR~ DAH HAMPIR TIBA WAKTU UTK MENINGGALKAN ZAMAN PERSEKOLAHAN~ MAKNANYA DIRI KITA SENDIRI SECARA AUTOMATIK AKAN LEBIH MATANG~ TAPI AKU NAK TERUS JADI BUDAK2~ HUHU~
 
DULU AKU PERNAH DGR LAGU DARI UKISS~SOMEDAY, DGR JE LA~ TAPI XHAYATI LANGSUNG~ TAPI AKU DGR BALIK SAMBIL TGK LYRICS DIA~ MOTIVATE GAK LA~
NAH~ BAGI KORANG DGR PLAK~
http://www.youtube.com/watch?v=0ny5SAdHKqs


OKAY~ ENOUGH FOR TODAY~ TAK TAU NAK CITE APE NIH~~
HWAITING~!!

Friday, August 26, 2011

ISTIMEWANYA RAMADHAN.

mungkin dalam beberapa bulan yang lepas FRAH dah alami sedikit perselisihan faham dengan A. semuanya kerana A rasa A dah dipinggirkan oleh FRAH. tapi FRAH tak pernah rasa yang FRAH dah pinggirkan A. semenjak tu, A dah tak bertegur sapa dengan FRAH. FRAH rasa serba salah dan cuba utk memperbaiki hubungan antara FARAH. 

ALHAMDULILLAH~ berkat ramadhan yang mulia ni~ hubungan antara FARAH dah baik~ 
terima kasih Ya Allah~ 

:)